Bengkel Menjana Pendapatan Dengan Affiliate Tiktok
29 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28 Julai 2024, telah berlangsung Bengkel Menjana Pendapatan Dengan Affiliate Tiktok. Taklimat ini berlangsung di Perpustakaan Awam Negeri Perlis bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu menjana income pasif bersama komuniti.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program Bengkel Menjana Pendapatan Dengan Affiliate Tiktok adalah, Staf NADI memberi taklimat advokasi kepada peserta dan bersama-sama membantu peserta membuat akaun tiktok affiliate.
Dengan adanya taklimat seperti ini, ianya memberikan pengetahuan kepada peserta tentang aplikasi Tiktok serta cara untuk menjana pendapatan secara online melalui aplikasi Tiktok iaitu sebagai Tiktok Affiliate. Selain itu, melalui program ini, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar, iaitu Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan dapat memperkenal NADI serta fungsi NADI kepada peserta yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: